21 May 2026 – PertubuhanGenerasi Digital Malaysia (PGDM) has officially entered into a strategic collaboration with DIGITAS LLP to support digital infrastructure and technology-driven economic initiatives across ASEAN, with an initial focus on Indonesia’s growing nickel mining and Electric Vehicle (EV) ecosystem in Sulawesi.
The collaboration reflects PGDM’s commitment to advancing regional digital transformation, industrial modernization, and sustainable economic development through innovative digital technologies and blockchain-enabled infrastructure solutions.
Through this initiative, PGDM aims to help strengthen cross-border digital ecosystems, improve industrial transparency, and encourage technology adoption that supports future-ready economic growth within ASEAN.
According to PGDM Chairperson, Datin Seri Harnie Mohamed, the partnership represents a shared vision to connect digital infrastructure with strategic industries, creating new opportunities for regional innovation, sustainable development, and long-term economic transformation.
This collaboration further reinforces PGDM’s role in supporting digital economy initiatives, innovation ecosystems, and regional technology partnerships across Malaysia and Southeast Asia.
21 Mei 2026 – PertubuhanGenerasi Digital Malaysia (PGDM) secara rasmi telah menjalin kerjasama strategik bersama DIGITAS LLP bagi memperkukuhkan pembangunan infrastruktur digital dan inisiatif ekonomi berteraskan teknologi di rantau ASEAN, dengan fokus awal kepada ekosistem perlombongan nikel dan industri Kenderaan Elektrik (EV) di Sulawesi, Indonesia.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen PGDM dalam memperkasa transformasi digital serantau, pemodenan industri, serta pembangunan ekonomi mampan melalui penggunaan teknologi digital dan penyelesaian infrastruktur berasaskan teknologi moden.
Melalui inisiatif ini, PGDM berhasrat untuk menyokong pembangunan ekosistem digital rentas sempadan, meningkatkan ketelusan industri, serta memperluaskan penggunaan teknologi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi masa hadapan di rantau ASEAN.
Pengerusi PGDM, Datin Seri Harnie Mohamed berkata, kerjasama ini membawa visi bersama dalam menghubungkan infrastruktur digital dengan industri strategik bagi mewujudkan peluang baharu dalam inovasi serantau, pembangunan mampan dan transformasi ekonomi jangka panjang.
Kerjasama ini turut mengukuhkan peranan PGDM sebagai organisasi yang komited dalam menyokong pembangunan ekonomi digital, ekosistem inovasi dan kerjasama teknologi di Malaysia dan Asia Tenggara.